Saturday 29 October 2011

Sahabatku... kuatkanlah semangatmu...

Assalamualaikum semua...
hari ini dilah ada cerita hendak dikongsi dengan kawan-kawan semua...
tengahari tadi dilah bersama-sama kawan-kawan 
pergi menziarahi teman kami yang kini
berada ICU...
sudah hampir seminggu dia berada di ICU...
Hari isnin tanggal 24 Oktober 2011, dia yang bernama Muhammad Irshadi Bin Zahari
telah ditimpa kemalangan...
dia mengalami pendarahan otak yang menyebabkan 
dia terpaksa di bedah...

sekarang dia sudah sedarkan diri... Alhamdulillah...
tapi masa dilah dan kawan-kawan menziarahi dia,
dia hanya mampu memandang sahaja...
sebak rasanya dada ini bila melihat sahabat dilah terbaring kaku lemah...
dia hanya mampu mengerakkan matanya, menggenggam cadar katil
menahan kesakitan...
Ya Allah... dilah tak tahu hendak luahkan bagaimana perasaan ini...
begitu sebak rasanya...

"Semoga awak sentiasa kuat... kami tahu awk orang yang kuat...
banyak-banyakkanlah beristighfar dan berselawat...
kami kawan-kawan awk akan sentiasa mendoakan awak...
Kuatkan semangat awak irshadi"
itu sahajalah yang mampu dilah cakap...
tidak tahu lagi bagaimana nak meluahkan kata-kata semangat 
buat dia...
hanya mampu memandang sambil menahan sebak di hati
menahan air mata dari mengalir....

semoga Allah sentiasa memberikan dia kekuatan dan ketabahan dalam
mengahadapi dugaan ini juga buat keluarganya...
AMIN...



No comments: