Friday 21 October 2011

Betapa berharganya menjadi seorang wanita solehah... ^_^

Assalamualaikum!!!
Alhamdulillah ke atas Allah s.w.t kerana 
di kesempatan ini dilah dapat mencoret dan menulis sedikit perkongsian
buat kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat semua...
Hari ini dilah ada sedikit tajuk yang begitu menarik hendak dikongsi dengan 
semua insan yang bernama wanita...
wanita iaitu hawa.... 
hawa yang dicipta oleh Allah dari tulang rusuk insan yang bernama lelaki iaitu adam...
Subhanaallah... Allah itu Maha Kuasa...
Baru sahaja sebentar tadi dilah berkongsi dengan teman-teman seperjuangan 
adik-adik junior dilah tentang tajuk ini...

Soalan-soalan ini mesti kita pernah terfikir atau tak pernah terfikir pun 

* Mengapa wanita auratnya seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan tetapi lelaki???
*Kenapa wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya???
* Kenapa wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki???
* Kenapa wanita menerima harta wasiat lebih sedikit daripada lelaki???
* Kenapa perlu wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak???
* Kenapa wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya???
* Kenapa talak terletak di tangan suami dan bukan isteri???
* Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat disebalik persoalan-persoalan tersebut....

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berselerak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya?

3. Wanita menerima harta wasiat lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima harta wasiat, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan keatasnya 4 wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana sahaja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja, iaitu: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala sama seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
 Masya Allah... Begitu sayangnya Allah pada insan yang bernama 'wanita'
Marilah kita bersama-sama mendidik diri menjadi seorang wanita solehah...
bukan itu sahaja, ayuhlah kita bersama-sama mengajak saudara-saudara,
teman-teman, ibu-ibu dan sesiapa sahaja yang bernama 'wanita'...

No comments: