Wednesday 21 December 2011

Be the strong...^_^


I know that u have problem...
i can see in u'r eyes...
but i know that u did't want to tell everyone...
i just want to say that i'm really hope that u will be the strong person...
i know u can do that...
because i'm always be u'r FRIEND...

Monday 19 December 2011

Sunday 18 December 2011

What u think???


Maafkan saya sahabat... ^_^

18 Disember...

Hari yg paling bersejarah.... Hari yg penuh pengajaran n peringatan....
Ssnghnyer setiap ape yg terjadi ade hikmah di sebalik nyer...
ALLAH itu Maha Mengetahui...
Ya ALLAH sssnghyer aku redha dgn ape yg tlah ENGKAU dugakan pd ku...

Wahai sahabat, maafkan diriku...
aku x mampu mnjadi sahabat sprti ape yg kamu mahukan,
 tapi aku akan cuba menjadi sahabat yg t'baek buat kamu
aku x mampu mnjadi sahabat yg sentiasa mnjadi pendengar setia buat kamu, 
tapi aku akan cuba menjadi telinga  yg sentiasa ade untuk mendengar masalah kamu
aku x mampu mnjadi sahabat yg sentiasa menjaga perasaan kamu, 
tapi aku akan cuba menjadi sahabat yg tidak menyakitkan hati kamu
aku x mampu mnjadi sahabat yg sentiasa mengukir senyuman di bibir kamu, 
tapi aku akan cuba menjadi sahabat yang sentiasa m'buat kamu tersenyum
aku x mampu mnjadi sahabat yg sentiasa menyapu airmata kamu tika kamu kesedihan, 
tapi aku akan cuba menjadi sahabat yg tidak akan menitiskan airmata kamu
aku x mampu mnjadi sahabat yg sentiasa memudahkan urusan kamu,
 tapi aku akan cuba menjadi sahabat yg sentiasa ringan tulang buat diri kamu

MAAFKAN AKU SAHABAT....



Saturday 17 December 2011

Ciri-ciri 10 Wanita Solehah.... ^_^



1.    Gadis yang taat beribadah

2.    Gadis paling cantik dan menawan. Walaupun tak jelita, tapi raut wajahnya tenang dan manis. Pada wajahnya tiada kejahatan.

3.    Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya.

4.    Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya.

5.    Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih saying dan cinta yang dipendamkan istimewa untuk suaminya yang telah ditakdirkan hidup bersamanya.

6.    Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif.

7.    Menganggap hidup sebagai satu nikmat yang terbesar yang membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah.

8.    Bertudung untuk menutupi bentuk dadanya dan pakaianya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar untuk tidak menampakkan susuk tubuhnya.

9.    Apabila berjalan ke luar rumah, dia sentiasa bertemankan muhrimnya.

10. Berjalan tidak berlenggok atau hendak menunjuk-nunjuk.


Sunday 11 December 2011

3 weeks more....^_^

Assalamualaikum.... ^_^
Arie nie 11 Disember kan???
ehhehe... Besday my little friend....
 Liyana Farhana Binti Baharuddin...
Semoga kamu sntiasa bahagia n dlm keredhaan NYA...
i'm always pray 4 u.... ^_^

hehehhe... dah msuk bln disember rupenyer...
aaaaaa... tngl 3 weeks more for final exam....
Ya Allah... bnyak lagi x study nie....
ish100x... dilah2... asyik ngadap lapt0t je mmg la x study...
hehehehe....
ape2 pun dilah nak ucpkan gud luck n slmat maju jaya
pada kwn2 yg akan final exam same like me... 
smge kite sme2 b'usaha sbaek mungkin n menjawab sehabis baek yer....
^_______________________^

tibe2 tdi t'rajin mengedit pic rayer taun nie... hehehhe



Perintah Memakai Tudung ^_^


Semasa zaman jahiliyyah sebelum Islam, wanita wanita selalu menggunakan sejenis ikat kepala yang diikat dan disimpulkan di belakang kepala. Belahan bajunya di hadapan dibiarkan terbuka separuh dan menampakkan leher dan sebahagian atas dada. Tiada lain yang menutupi dada dan buah dada kecuali hanya baju itu dan rambutnya pula didandan dengan dua atau tiga jalinan dan diikat di belakang seperti ekor.

Pada masa ayat ini diturunkan. tudung kepala pun diperkenalkan kepada wanita Islam yang digunakan untuk menutup kepala, buah dada dan bahagian belakang sepenuhnya. Bagaimana wanita Islam menyahut perintah ini telah diceritakan oleh A'ishah dengan jelas sekali. Dia menyatakan bahawa apabila surah al Nur diturunkan dan orang orang Islam pun mempelajarinya daripada Rasulullah s.a.w, mereka pun segera balik ke rumah masing masing dan membacanya kepada isteri isteri, anak anak perempuan dan saudara saudara perempuan mereka. Merekamereka ini menyahut dengan serta merta. Wanita Ansar, seorang demi seorang dan kesemuanya bangun serta merta untuk membuat tudung itu daripada apa saja kain yang ada di tangan mereka. Keesokan paginya, kesemua wanita yang datang bersembahyang di Masjid Nabi berpakaian yang berbungkus. Dalam satu hadith lain, A'ishah berkata bahawa kain kain yang nipis dibuang dan semua wanita itu memilih kain yang kasar untuk bertudung.

Kain penutupan yang diperintahkan itu hendaklah bukan dibuat daripada kain yang halus dan nipis. Wanita Ansar memahami tujuan sebenar perintah ini dan mengetahui kain jenis apakah yang patut digunakan. Allah sendiri telah menjelaskannya dan tidak membiarkan perintah Nya difahami sendiri oleh manusia.

Dihya Kalbi menyatakan yang mafhumnya:
"Satu ketika, Rasulullah s. a. w. dihadiahkan dengan sekeping kain kasa yang halus. Baginda berikan sedikit daripada kepadaku dan berkata: "Gunakan sebahagian daripadanya untuk baju kamu dan selebihnya berikan kepada isterimu untuk dibuat tudung tetapi dia hendaklah jahitkan sekeping kain lain di dalamnya supaya badannya tidak kelihatan menerusinya"  (Abu Daud)
Ayat ini menceritakan batas kawasan yang dibenarkan. untuk wanita berjalan dengan bebas dengan segala persolekan dan perhiasan mereka. Luar dari lengkongan ini is tidak dibenarkan keluar dengan alat solek di hadapan orang lain, saudara mara ataupun orang yang tidak dikenali. Maksud perintah ini ialah wanita tidak boleh menampakkan perhiasannya di luar lengkongan ini dengan sengaja atau kerana kecuaiannya. Walaupun begitu apa yang ternampak dengan tidak sengaja setelah diberi perhatian dan jagaan atau apa apa yang adak boleh disembunyikan, adalah dimaafkan Allah.


Saturday 10 December 2011

Tentang Senyum...^_^




* Senyumlah walaupun kite sedang menghadapi masalah.... 
kerana senyum itu menenangkan walaupun ianya tidak akan 
menyelesaikan masalah... ^_^
ابتسام دائما

Friday 9 December 2011

Ukhwah fillah ^_^


Assalamualaikum semua!!!
Kaifahaluk??? Apa khabar??? How are u???
msti semua sihat n hape kan??? heheh
maklumlah esok kan arie minggu....

tapi dilah ade kelas esok... huhuhu...
sedih bangat....
tapi x pe.... study is very important....

Tadi t'belek2 la album picture dlm lapt0t dilah nie...
t'jumpe la plak pic2 lame2... (xde la lame mne)
gmbr time sem 1.... dlm kelas sambil2 b'seronok mnangkap gmbr...
hehehee...
xde la cute pun tapi c0mey la... heheh..

Persahabatan itu lagi indah dari percintaan... setuju x???
fikir2kan....
^____________^



(Syakira Saufi & Adilah)

UKHWAH FILLAH....

Thursday 8 December 2011

Pemaaf... ^_^


Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Imran :


Ali Imran: 133


Ali Imran: 134
Ali Imran: 135



133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa,


134. (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan


135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengatahui.

Thursday 1 December 2011

Peringatan untuk saya (Wanita)

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang ‘gitu-gitu’
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa ‘kelas’
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Sunday 27 November 2011

Indahnya Memaafkan & Menahan Marah... ^_^

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)
Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)
Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)
Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

Friday 25 November 2011

Jika Kau bakal ......

‎*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

*Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
...
*Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

*Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

*Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

*Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

*Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas…

Muhasabah Maal Hijrah.. ^_^

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

 
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....