Thursday, 16 December 2010

Tazkirah diri

Tazkirah diri
  •  ::..Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..---menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..
  • bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..---sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat.
  • .wahai JIWA yang hitam dan berkarat..-----perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat.
  • .wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..-----kembalilah ke pangkal jalan..
  • sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat...::
(Ahmad Mustapha- mus_ma2007@yahoo.com)

Wednesday, 15 December 2010

Cecahkan Dahimu Ke Sejadah....


Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian


Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan


Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...


( Abu Hanifah)

Tuesday, 14 December 2010

Buat Hati Yang Ketandusan Cinta


Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
(www.iluvislam.com)

Hipokritkah kita????

"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik laweyh!"
"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"
Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.
Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?
Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satulagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yangtersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahumenipu Allah?
Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.
Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kitakeringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.
Kesimpulan
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what????"

(sky blue)

Friday, 10 December 2010

Lirik Lagu Satu Cinta - Star Five

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Rintangan Remaja Zaman Sekarang

Jika dirinya diciptakan untuk mu,
Kau pasti redha akan ketentuan itu,
Namun ia bukan satu kepastian untuk di ketahui,
Kebanyakan mereka membatasi hukum,
Sedang mereka tak ketahuan ke mana cinta itu akhirnya,

Hanyut dibuaian kasih yang dimurkai,
Kelekaan mu memecah sempadan batas dan syara',
Hatimu yang sentiasa dirasuki iblis,
Memaksa dirimu berlaku curang kepada ilahi,

Kemana letaknya harga dirimu,
Haruskah maruah itu dicemari,
Berdalilkan bukti kesetiaan kasih buat si dia,
Yang belum tentu dirimu dijaminnya dikemudian hari,
Lantaran dirimu belum bergelar isteri,

Di mana pertimbangan akalmu,
Ketika dirimu diulit noda si dia,
Kemana hilangnya imanmu,
Memerangai nafsu serakah itu,
Apakah dirimu dipinggir Tuhan,
Atau sengaja dirimu meminggirkan Nya,

Benarlah cinta buta melalaikan,
Tanpa memikirkan batas syariat Nya,
Semuanya itu sebagai ujian duniawi,
Menjadi mahar yang bernilai buatmu,
Untuk ke syurga Ilahi

Ketahuilah fitrah jiwa yang soleh,
Menginginkan sesuatu yang indah dipandangan Allah,
Maka lahirlah natijah yang suci dan diredhai


Suami yang soleh mengimpikan si isteri yang solehah,
rintihan kudus terhadap Nya penentu segala impian yang murni.............


(Ahmad Mustapha-mus_ma2007@yahoo.com)

Friday, 3 December 2010

Milikku????

Dri kecik hngga dah bes0r gdempul nie.... kte mesti pnye brang2 pribadi kte sndiri... ye la time kecik2 dlu mak ngan ayh kte belikn mainan tuk kite msti nak maen sorg2... x nak kngsi pun ngan sape2... mklumlah rse hak cm hak sndri plak ye... hehehhehe lwk2... tpi ble dah rosak, x ngaku dah brng sndri... tu la lmrah manusia... ingin mmiliki brng hak sndri yg tak t'msuk ngan hak org laen ( btul ke ayt ye??) kalu barng sndri kte akn cbe jge sbaik mngkin... x nak bnde tu r0sak, k0tor n pling utama ye la Hilang... tu pling dtakuti la... hehehehe.... ape2 pun ape yg didunia akn dtngglkan jua... hnya yg ade cme amlan yg dbwa... Tiada gne kalu kte trlalu taksub dngn dunia... tidk mmbawa ape2 mkne... yg pling utma yg harus dutamakn ialah amal ibadat kte... itu yg akan dtnye diakhrt nnti... so mrilah sme muhasabah kan dri trmasukla sye sndri... semge kte slalu brada djln- NYA.... AMIN...

 kaki sape kah nie???


mnuman kbiasaan bg mnjimatkn duit.... huhuhu


mklumlah x elegant ktekan.... hehehhe... ape2 pun thankz uat kwn yg bg adiah nie...
akn ku mnjgenye sbaek mgkin...


kalu ade duit lbih la bru bleh mkn nasi lmak...huhuuhu..
jmat gtu...


ibisam daiman....

cantik x???
hehehhe... sngguh cute kan... wrne pink gtu...

Ya Allah....

Ermmmm.... rse nak nangis la.... Ya Allah..... rse b'salah sngt2 bile uat org tension... Huhuhuhuhuhu ingtkan nak acah2 aje.... tpi t'lebih sdah... g mne nie????? ermmm kecian kat bdk yg kne ngan aku tu.... msti tension sngt2... ye la... ape x ye aku mrah teruk jgak la.... erm ye la snyap je dlam klas.. huhuhuh... ape yg tlah aku uat nie... SALAH sdah!!!!! cm mne ye nak slesaikn ye???? think the positive now..... mari sme2 kte mmikirkannye....Ya Allah tnjuklah aku jlan yg benar... jgn kau sesatkn aku dngan godaan syaitan yg drejam...AMIN

Tuesday, 30 November 2010

Surat Cinta untuk Sang Muslimah

"Wahai saudariku yang muslimah , yang berada di jalan jihad , Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam lapangan jihad . Peranan saudari bermula dari rumah tangga , iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi kita , membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad."


Wanitalah yang memproses lelaki.Bagi wanita-wanita muslimat , mereka mengajar anak-anak tentang kehidupan dakwah , peperangan menghadapi musuh gerakan islam , sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka surah dari Al-Quran


Begitu juga dengan al-ukhtul , muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya supaya berjihad , ia menggesa suaminya supaya berjihad , berdoa agar suaminya tidak akan pulang hidup-hidup , doakan agar suaminya pulang sebagai As-syahid. Bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya.


Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad.Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad.mereka telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat pejuang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita yang dipilih turut menghunuskan senjata mempertahankan maruah Islam , agar matinya asbab kerana mempertahankan Islam!Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh ummu nusaibah binti kaab kerana mempertahankan Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud.(Mustafa Mashyur)


"Lalu masihkah ada lagi wanita-wanita yang jurangnya amat jauh dengan dirimu?,yang selalu bertegur sapa dan masih ada yang mencurigaimu?wanita yang jaraknya amat jauh untuk didekati , walaupun dekat di kalangan kita."


Persoalan itu bagaikan musuh-musuh yang mesti diperangi , apa yang mengesankan ialah jawapan kepada musuh kita ialah diri kita sendiri.Diri kita yang lemah dari segi akhlak , lemah dari segi akidah , lemah dari segi tarbiyyah , lemah dari segi fikrah.


Perjuangan itu menempah susah kerana maharnya amatlah berharga.Janganlah ada diantara kita meninggalkan lapangan ini , meninggalkan jemaah umpama seekor biri-biri yang keseorangan ia senang menjadi sasaran musuh-musuh islam.


Usrah bukan berlaku di dalam bilik sahaja tetapi ianya bertebaran di tengah lapang yang boleh dilihat kebaikannya. Kemudiannya jurang yang amat jauh adalah jurang yang perlu didekati , ukhwah dan ehsan menjadi rutin bersahabat , kesannya jarak yang amat didekati adalah sifat mahabbah sesama ummat.


Dalam kenangan : Mujahidah yang cekal walaupun dipenjara & diseksa Zainab Al-Ghazali , dipenjarakan bersama adik kepada syed Qutb (Mujahidah Hamidah), Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat pada 3 Ogos 2005 di Masjid Rabia’tul Adawiyah. Lahir di buhaira Mesir pada tahun 1917 , berketurunan Saidina Umar (R.A)