Monday, 21 November 2011

Bila Allah menduga kita... ^_^

Assalamualaikum sahabat2, kwn2 & teman2 semua...
lme rsenyer x update2 blog nie....
hehheheh... rindu rse nyer b'kongsi dgn sahabat2, kwn2 n teman2 semua..

tibe2 t'ingat something yg ingin sngat nak b'kongsi dgan semua...
bru2 nie dilah bru menambah koleksi buku2...
dilah beli buku yg tajuknyer very nice di dgr... 
iaitu 'Bila Allah menduga kita' bku karangan 
Syed Alwi Al-Attas...
buku yg 'mustread' for all members...

p'kongsian yg sngt100x menarik skli....
stakat nie dilah x abis lagi bku tu... but dilah akan abis kan jugak...

kadang2 tu tanpa kite sedar kite selalu mengeluh dgn sgala ujian yang
Allah knekan ke atas kite...
pernah x kite t'fikir, knpe Allah uji kite sbgini...?
Jahat nyer Allah m'beri dugaan yg kite sndri x mampu...
Astagfirullah Al-Azim... 

dilah datang kan 1 cite yg dilah bce dri buku t'sebut mungkin m'buka sdikit mata kite semua...

Suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi smbil menyulam.
Anak yg sdng b'main kemudian menoleh ke arah ibunya sambil perhatikan apa yg dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dri bwah dan berasa hairan. Dia b'tanya kpd ibunya...

"Apa yg sedang ibu lakukan?"

"Ibu sedang menyulam, nak," Jawab ibunya smbil trus menusukkan jrum dgn benang ke p'mukaan kain.

"Tapi buat apa?" Anak itu msih b'tnya hairan. "Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang yg tidak t'susun dan tidak menarik utk dilihat."

Ibunya tersenyum. Lalu dia m'beri isyarat pd anaknya utk b'diri.

"Berdirilah, nak!" Ujarnya. "Tengok sulaman ini dari atas sini."

Anak itu b'diri dan m'hampiri ibunya. Dia b'jalan m'dekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa t'kejut dan kagum pd keindahannya.

"Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dri bawah." kata anak itu.

Ibunya hanya t'senyum smbil m'belai kepala si anak..

Apa yg korang semua dpt dri cerita di atas...?
mcm2 kan... sma la sprti dilah sndri...
skang kita hanya melihat sbhgian dri p'buatanNYA dri bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tdk menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNYA. Kalau kita blh b'sabar dan b'usaha melihatnya dr  tempat yg tepat, tentu kita akn memiliki sikap yg b'beza.

Pandangan mata hanya mampu melihat bhagian bawah dri reka cipta yg ada pd kehidupan ini, smtara dengan mata hati yg bersih dan dgn pengetahuan yg lurus, kita mampu melihat reka cipta dri bhagian atas. Dan ketika itu kita akan mampu melihat keindahannya...

that's all for today... smge dilah dan semua m'dapat manfaat ape yg nak dikongsikan di sini....
Jaga diri, Jaga hati, Jaga imam.....^_^
wassalam




Misteri Jodoh... ^_^

Ramai yang menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
 Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana salah seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun-tahun lamanya sebelum ke jinjang pelamin kerana mahu menduga pasangan masing-masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya mereka terjerumus ke kancah maksiat.
 Apabila memilih jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras yang rupawan dan wajah yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak juga perkahwinan yang hancur kerana pasangan masing-masing sudah tidak cantik, tidak tampan ataupun sudah ajtuh miskin. Ada juga orang yang bercinta sering keluar dating tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.
 Benar, jodoh itu ditangan Allah ramai yang bernikah bukan kerana nafsu ataupun cinta buta, melainkan atas sebab agama.
 Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.
 Walaupun ada pasangan yang bernikah tanpa restu orang tua, mereka tetap berbahagia dan diberkati Allah dengan sakinah, mawaddah wa rahmah, iaitu rasa tenang, cinta dan kasih sayang.
  Apakah hikmah daripada kisah-kisah jodoh ini? Nampaknya orang sekarang lebih mengutamakan paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan dan keseronokan dunia dalam mencari jodoh. Mereka seolah-olah enggan mempercayai ketetapan Allah berkenaan jodoh mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri untuk bernikah ataupun baru terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan bebas, hakikatnya mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit perasaan takut pada Allah. Bermacam-macam alasan diberi kononnya sudah suka sama suka dan tanpa segan silu mereka menjalin hubungan terlarang.
  Malah ada yang berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. Semuanya demi membenarkan kesalahan masing-masing. Asalkan tidak merugikan dan menganggu orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa pada hukum Allah. Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka mahu mencari jodoh demi ikatan yang diberkati. Nauzubillah min zalik.
  Ada juga yang beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting kerana pernikahan hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada sekali. Apabila berumah tangga mereka mula bersa bosan kerana sudah bertemu mesra. Pernikahan bukan lagi satu peristiwa yang suci. Dalam majlis pernikahan, sudah tidak ada perasaan berdebar-debar, teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah-olah tidak ada yang istimewa lagi.
   Pada mereka yang memegang prinsip 'jangan sampai tersalah pilih', mereka seronok bertukar-tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas kepada kekasih hati mereka sendiri. Kemudiannya. mereka berumah tangga selepas penat bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah dengan pasangan yang seadanya sahaja kerana sudah tidak ada kuasa mahu mencari pasangan lain yang lebih baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.
   Satu lagi alasan bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia   adalah mahu bersedia zahir batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu berumah tangga, tidak ada pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat diajak ke jinjang pelamin. Akhirnya kerana tidak ada pilihan dan tidak ada daya lagi menahan nafsu, mereka berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. Kesudahannya, pernikahan dilangsungkan tanpa membuat pertimbangan kualiti amalan agama, keturunan dan ahlak pasangan masing-masing.
  Malang nasib mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan batin. Realitinya, orang itu sebenarnya sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga semua sudah cukup tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik memikrkan sebab-sebab dan akibat selepas bernikah. Apabila  dikurniakan cahaya mata, anak yang menjadi mangsa.
  Mengapa?Anak yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu dan ayah sudah tua dan  tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan pelajaran anak. Akibatnya, pelajaran anak tersekat.
  Sememangnya ini bukan rahsia lagi, anak-anak muda sekarang bingung kerana memikirkan segala masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah bersedia bernikah. Namun, Allah dan Rasul menganjurkan supaya segera bernikah. Sayang sekali, anak-anak muda sekarang mudah goncang jiwanya kerana dilanda krisis kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak dalam khayalan memuja-memuja fizikal tubuh dan nafsu yang berlebihan.
  Ibu bapa boleh merancang dan mencarikan jodoh untuk anak mereka dengan syarat berikut:

  • Tidak menghalang kedua-dua belah pihak daripada percaya kepada Allah dan rasul-Nya.
  • Bertujuan baik iaitu menyambung keturunan, menyalurkan syahwat pada pasangan yangsah dan membina keluarga yang diberkati.
  • Kedua-dua pasangan mempelai adalah sekufu, iaitu ahlak dan agama yang setaraf perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.
  • Tidak ada paksaan ke atas kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Apabila dipaksa, dikhuatiri pernikahan tidak bertahan lama.

Kita perli mengakui jodoh adalah ketentuan Allah yang diselimuti kabus misteri. Biarpun penuh misteri, ini tidak bermakna kita tidak dibenarkan berbincang berkenaannya. Memandangkan jodoh itu rahsia sifatnya, pertama Allah yang merahsiakan jodoh. Bagi yang belum berumah tangga dan tahu siapa jodoh kita, bertanya terus kepada-Nya kerana Allah lebih mengetahuinya. Kedua jodoh yang dirahsiakan, usah kita berlagak seolah-olah kita tahu siapa jodoh kita. Maksudnya, apabila kita jatuh cinta dan cinta kita dibalas, usah berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah jodoh kita kerana jodoh adalah rahsia Allah. Ketiga hikmah rahsia jodoh, kita perlu bersyukur kerana Allah merahsiakan jodoh kita. Hasilnya, kesucian jodaoh itu terpelihara. Misteri jodoh itu membuatkan kita terpesona tatkala akad nikah dilafazkan.
  Jodoh tetap menjadi teka teki Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya. Sebagai insan, kita perlu sentiasa berdoa supaya misteri jodoh yamg selama ini belum terungkai menjadi saat indah yang hanya dirasai tatkala iktan suci penikahan dimeterai.
  Akhirnya, kesempurnaan hanya milik Allah, selain Allah pasti ada kekurangannya, termasuk diri. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk saya sedia menerima kritikan dan saranan. Apa yang diungkapkan pasti untuk diri ini juga..assalamualaikum.

Saturday, 19 November 2011

Remember this statement....^_^

"Jika Allah m'hendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka Dia menyegerakan hukuman di dunia. Jika Allah m'hendaki keburukan  bgi hamba-Nya, maka Dia menahan hukuman kesalahannya sampai disempurnakannya pada hari Kiamat"

Saturday, 12 November 2011

Gambaran Hari Kiamat



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi


Thursday, 10 November 2011

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى"

 أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا 

"شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

سورة البقرة: 216

Maksudnya : 

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan

 itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi 

kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah 

jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Ingatlah wahai diriku...


يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ"


 إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ 


"الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا


 (سورة الأحزاب (32



Maksudnya :


Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan 

yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut 

manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan 

keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan

 sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

It's about aurat...^_^

Wednesday, 9 November 2011

Pelangi itu....


Pelangi indah itu...
masih ada kah pelangi indah itu???
pelangi yang sentiasa aku dambakan dulu...
yang sentiasa meriangkan hati ini tika aku duka,
yang sentiasa mengisi hati ini tika aku kekosongan,
yang sentiasa menenangkan segala keluh kesah di hati,
yang sentiasa mewarnai hati ini tika aku kepudaran warnanya,
yang sentiasa mengingatkan diri ini ketika aku alpa,
yang sentiasa memimpin diri ku ketika aku sesat,
yang sentiasa membantu aku tika aku jatuh tersungkur,
masih ada kah pelangi itu???