Thursday, 28 July 2011

Anda adalah orang yang beruntung dalam keadaan apa pun.... ^___^

" أَمْ مَنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ أَئِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ "
(surah an-naml :62)

Bermaksud  : Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).



katakanlah kepada orang yang mencela kami
kerana penggantian masa :
" Tiada yang mengingkari masa, kecuali hanyalah orang yang terancam oleh bahaya."


     Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah atau gundah-gulana. Dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian dari penebusan dosa. Bila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi  anda kelak di hadapan Allah. Bila anda menderita cacat atau penyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah.

     Rasa lapar itu akan dibalas dengan pahalaNYA, rasa sakit akan dibalas dengan ganjaranNYA, dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada yang hilang di sisi Yang Maha Esa. Allah selalu menjaganya, seperti menjaga titipan yang akan ia penuhi di akhirat kelak...

No comments: